Pages

Sunday 1 March 2015

Apakah Antioksida ,dan Manfaat Bagi Kesihatan


Apakah Antioksida ,dan Manfaat Bagi Kesihatan 

Berikut mengenai antioksidan lebih dekat, dan manfaatnya bagi kesihatan tubuh kita

Pengertian:

Antioksidan terdiri dari 2 kata yaitu, dan kata awal adalah “anti “ bererti melawan, bertentangan dengan, atau korektif. Dengan memahami erti antioksidan akan membantu kita untuk mengetahui apa sebenarnya agen yang satu ini dan manfaatnya bagi kesehatan. Dalam tubuh manusia terjadi jutaan proses setiap saat, dan proses-proses alami ini membutuhkan oksigen. Sayangnya pada saat yang sama, oksigen boleh membuat efek samping berbahaya atau yang disebut zat oksidan, yang menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan penyakit kronik.

Kata yang kedua adalah “Oksidan”,  umumnya juga dikenal dengan  “radikal bebas “, yang juga diperoleh melalui sumber luar tubuh seperti paparan sinar matahari atau polusi lingkungan. Media lainnya termasuk stres, serta hal-hal dimasukkan ke dalam tubuh, seperti minuman beralk*ohol, makanan yang tidak sehat, dan asap r*kok.

Dalam banyak cara yang sama, oksidasi berarti juga menciptakan “karat”, yang biasa menyebabkan kerosakan pada permukaan benda mati, dan oksidasi yang terjadi dalam tubuh akan menyebabkan kerosakan sel. Radikal bebas yang dihasilkan oleh banyak faktor ini akan menyerang sel-sel sehat, biasanya DNA serta protein dan lemak. Rantai panjang peristiwa ini akan melemahkan fungsi imunologi serta mempercepat proses penuaan, dan juga terkait dengan beberapa penyakit seperti katarak, berbagai macam kanker, dan penyakit jantung. Beberapa studi juga menunjukkan kemungkinan terkait dengan kondisi seperti rematik(arthritis) dan beberapa kondisi kronis lainnya.

Jadi  Antioksidan bisa dikatakan sebagai agen anti oksidasi, atau zat yang berfungsi mengurangi efek berbahaya dari oksidan tadi, dengan cara mengikat bersama-sama dengan molekul-molekul berbahaya sehingga menurunnya daya merusaknya. Antioksidan juga dapat membantu memperbaiki kerusakan yang telah terjadi pada sel sehat.

Sumber zat antioksidan
Enzim antioksidan tertentu diproduksi dalam tubuh. Dan antioksidan alami yang paling umum dikenal adalah Superoxide Dismutase, Katalase, dan Glutathione. Superoxide Dismutase mengalami perubahan struktur oksidan dan turun menjadi hidrogen peroksida. Katalase pada gilirannya memecah hidrogen peroksida menjadi air dan partikel oksigen kecil atau gas . Glutathione adalah agen detoksifikasi, yang mengikat racun yang berbeza untuk mengubah bentuknya, sehingga boleh menjadikan tubuh sebagai limbah atau sampah tubuh.

Agen antioksidan lain banyak ditemukan dalam makanan seperti sayuran berdaun hijau tua dan buah-buahan. Produk yang tinggi vitamin A, vitamin C, vitamin E, dan beta-karoten adalah yang diyakini paling menguntungkan. Nutrisi ini biasanya ditemukan dalam buah-buahan dan sayuran dengan warna kuat yang sehat. Warna Oranye dan merah pada paprika, tomat, bayam, dan wortel adalah beberapa contohnya .

Tips :
Memakan buah-buahan mentah dan sayuran tanpa dimasak akan memberikan konsentrasi tertinggi dan penyerapan antioksidan terbaik. Suplemen makanan juga tersedia bagi orang yang yang tidak cukup dapat mengkonsumsi makanan yang memproduksi zat antioksidan.














Sudah pasti ramai yang bertanya, tidak cukupkah dengan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat. Kenapa kita perlu mengambil antioksidan lagi?


Sekali imbas memang kenyataan tadi ada benarnya. Tetapi hakikatnya, makanan yang kita ambil tidak dapat menampung keperluan antioksidan tubuh kita. Isu pemakanan yang tidak seimbang dan tidak mengikut keperluan tubuh sedang melanda masyarakat kita hari ini.


Pemakanan seimbang masa kini seperti satu mitos sahaja. Selalu menjadi hiasan poster-poster di klinik-klinik dan hospital sahaja. Perubahan corak pemakanan masyarakat kita hari ini memang ketara.


Jika kita lihat sekarang perkembangan industri makanan segera amat hebat sekali. Setiap hari kita melihat iklan-iklan di kaca televisyen tentang makanan segera. Kemajuan ekonomi seiring dengan perubahan corak pemakanan manusia di seluruh dunia.


Mengikut satu kajian, orang Jepun mempunyai kadar penyakit jantung antara yang paling rendah di dunia disebabkan pemakanan mereka yang kaya dengan antioksidan seperti sayuran, ikan, sushi dan teh hijau.


Kajian telah menunjukkan bahawa orang-orang Jepun yang menetap di Amerika Syarikat mempunyai bilangan kes sakit jantung yang lebih tinggi daripada orang-orang Jepun yang masih tinggal di negara Jepun.


Corak pemakanan orang-orang Jepun di Amerika Syarikat yang mengambil makanan barat yang kaya dengan kalori dan lemak, tetapi kurang sayuran dan buah-buahan, adalah penyebab utama perbezaan ini walaupun mereka dari keturunan yang sama.


Keadaan yang serupa berlaku di Malaysia sekarang disebabkan perubahan corak pemakanan. Orang-orang Melayu dahulu mempunyai tabiat pemakanan yang amat baik kerana suka memakan ulam-ulaman dan buah-buahan. Kerajaan pernah suatu waktu dahulu mempromosi makan ulam-ulaman tetapi sekarang telah lama senyap.

Masyarakat Melayu sekarang amat kurang memakan ulam-ulaman dan kebanyakan kanak-kanak tidak suka memakan ulam kerana takut pahit.

Natijah atau kesan yang dapat kita lihat hari ini makin bertambahnya pelbagai jenis penyakit ‘orang kaya’ yang melanda umpama tsunami selepas gempa bumi.


Kegemukan (obesiti) telah mula menjadi satu masalah kepada generasi muda sekarang. Penyakit jantung, darah tinggi, strok dan sebagainya sudah menjadi sesuatu yang sangat biasa dihidapi oleh generasi yang lebih tua.


Makanan segera mengandungi kandungan nutrien yang amat rendah tetapi kaya dengan kalori dan lemak yang berlebihan. Mikro nutrien hampir tiada di dalam makanan seharian kita.


Makanan kita di’rompak’ khasiat dan zat yang penting termasuklah zat-zat antioksidan ini. Makanan hilang segala zat-zat yang penting seperti vitamin dan mineral semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan semasa memasak.


Makanan seperti sayuran, buah-buahan, bijirin dan sebagainya mempunyai kandungan mineral yang kurang kerana penggunaan tanah secara komersial yang menyebabkan tanah gersang mineral.


Tekanan komersial untuk penghasilan makanan secara besar-besaran dengan kuantiti yang sangat banyak menyebabkan penggunaan baja kimia, racun rumpai dan racun serangga yang tidak terkawal.


Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang diangkut pada jarak jauh dari ladang ke pasaraya turut menyebabkan ianya kehilangan lebih banyak zat-zat yang penting seperti vitamin C.


Kandungan vitamin C dalam makanan seperti ini hampir tiada semasa di hidangkan di rumah kerana proses memasak itu sendiri. Kerana itu pentingnya masalah kekurangan zat-zat dalam makanan ini kita gantikan dengan pengambilan pil-pil suplemen seperti multivitamin, mineral dan antioksidan .


Kaedah bioteknologi yang menghasilkan baka-baka baru klon dan teknologi genetik yang amat canggih menghasilkan bahan-bahan baru yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain yang masih belum diketahui.


Faktor-faktor yang menyebabkan kehilangan zat-zat makanan mikro inilah yang diistilahkan oleh pakar pemakan sebagai ‘perompak makanan’ (food robbers).


Manusia hari ini terlalu bergantung kepada bahan petroleum untuk hidup. Buktinya, jika kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol, segala barangan lain juga turut naik. Pembakaran bahan petroleum yang terlalu banyak sekarang turut menjadi penyumbang utama kepada pencemaran udara di dunia.


Setiap hari kita bergelumang dengan pelbagai bahan kimia dari saat kita menggosok gigi, bersabun dan bersyampu semasa mandi, menggunakan deodoran, bercukur, bermekap, menaiki kenderaan dan menghirup udara penyaman udara.


Seterusnya kita makan makanan yang diproses, makanan segera, makanan dalam tin dan kita minum minuman dalam tin, bergas, minum air masak dari paip di rumah yang hampir semuanya tercemar atau sengaja dicemari dengan pelbagai bahan kimia sama ada sedikit atau banyak.


Kita juga secara langsung ‘meracuni’ badan kita dengan tidak bersenam, makan terlalu banyak, merokok dan tekanan yang keterlaluan setiap hari.


Kemajuan ekonomi juga menyebabkan bertambahnya kilang-kilang industri yang mengeluarkan pelbagai jenis pencemaran udara dan sumber air.


Oleh sebab itulah saban hari kita melihat bagaimana ‘tangan’ Karam Singh Walia turun naik dan mulutnya berbuih berpantun di televisyen membongkar segala pencemaran yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Menurut Dr Ross Walker di dalam buku The Cell Factor, masalah krisis kesihatan zaman moden sekarang adalah disebabkan oleh dua faktor iaitu keracunan yang kronik dari pencemaran dan ‘kefakiran’ pemakanan berkhasiat (nutritional deficiency) dalam makanan dan sellular tubuh manusia


Ke manakah kita hendak lari dari semua masalah ini. Kita tidak mempunyai planet lain untuk lari dari masalah ini. Di antara cara yang dicadangkan adalah dengan menguatkan diri kita dengan jaringan antioksidan untuk mencegah penyakit disebabkan faktor pemakanan kita yang di’rompak’ khasiatnya.


Ramai juga para ahli pemakanan (dietician) kurang bersetuju dengan pengambilan pil-pil supplemen untuk mendapat bekalan nutirisi tambahan yang mencukupi. Permasalahan yang timbul pula berapa banyakkah makanan yang kita perlukan untuk kita mendapat zat-zat nutrisi tambahan?







Kita mungkin seringkali mendengar nasihat dari orang yang memahami ilmu kesihatan tentang zat yang dikenal dengan antioksidan. Zat ini disebut sebut bermanfaat untuk mencegah penyakit apapun yang mengintai tubuh kita setiap saat. Tak sedikit pula yang mengatakan jika antioksidan akan membuat seseorang rasa lebih awet muda, karana senyawa ini dianggap boleh memerangi efek penuaan . Dengan demikian, banyak pula disarankan untuk mengambil suplemen antioksidan untuk menunjang kehidupan kita setiap hari. Lalu apakah yang disebut dengan antioksidan?, kenapa terjadi demikian, dan apa sumber alaminya?





                           Lihat Pada Keluarga Kita Adakah Sudah Mendapat Nutrisi Yang Lengkap?

Apakah Antioksida ?

Buah-buahan dan sayur pada dasarnya mengandung tujuh antioksidan dengan berbagai khasiat yang baik untuk tubuh. Dengan rutin mengonsumsinya, badan terjaga agar tetap prima. Bonusnya, anda boleh menunda penuaan. Tujuh antioksidan itu di antaranya sebagai berikut:

Beta-karotena

Fungsinya untuk mengurangkan risiko pelbagai penyakit kanser seperti kanser paru, perut, pundi kencing, usus besar, dan prostat. Boleh diperolehi dari lobak merah, ubi jalar, bayam, tembikai atau blewah, sayur-sayuran hijau, buah-buahan, dan sayur-sayuran berwarna jingga lain.

Vitamin C

Untuk menghalang pengeluaran zat kanser yang disebabkan oleh radikal bebas. Boleh diperolehi dari oren dan jus buah, lada merah dan hijau, kubis mentah, buah-buah beri seperti strawberi atau bluberi, buah kiwi, dan sayur hijau.

Vitamin E

Untuk melindungi dari penyakit jantung dan kanser, serta melindungi rangkaian dari proses penuaan. Boleh diperolehi dari kacang-kacangan, biji-bijian, minyak sayur, dan minyak ikan.

Selenium

Untuk memberi kemungkinan perlindungan melawan kanser. Boleh diperolehi dari ayam, seafood, kuning telur, bijirin gandum, biji bunga matahari, dan susu.

Tembaga

Boleh diperolehi dari biji-bijian gandum, kerang, telur, kacang almon, sayur-sayuran hijau, dan kacang.

Seng (zinc)
Boleh diperolehi dari protein haiwan, kerang, cendawan, bijirin gandum, dan ragi.

Makanan

Sumber makanan terbaik adalah dari bijirin gandum, kuning telur, kacang polong, kacang kering, serta sayur-sayuran hijau.


sumber dari KOMPAS.com
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...